Mulianya manusia kerana agamaNya..
Bukan kerana selain daripadanya..
Itulah ketetapan Allah kepada sekalian hamba..
Begitu Rahman dan RahimNya Dia..
Jika kejayaan hamba pada kuasa pemerintahannya..
Firaun laknatullah pasti mulia..
Jika kejayaan hamba pada kekayaan harta bendanya..
Qorun laknatullah pasti tersenyum di singgah sana..
Namun itu semua tipu daya dunia..
Permainan syaitan sekian lama bermaharajalela..
Angkuhnya Firaun..
Sombongnya Qorun..
Tidak berimankan Allah atas kurniaan nikmatNya..
Bangga dan bongkak atas usaha penat lelah..
Syurga haram bagi keduanya..
Neraka tempat bersemayam selamanya..
Laknatullah gelaran hidupnya..
Sudah ketentuan Sang Pencipta..
AgamaNya pemberi rahmat sekalian manusia..
Umar dulunya jahiliyah..
Penentang hebat perjuangan Rasulullah..
Gerun dan gentar melihat kekejamannya..
Kisah lampaunya bagaikan penghias ruang neraka..
Namun Cintanya Allah kasihnya Rasulullah..
Umar dimartabat sebagai khalifah dan sahabat mulia..
Agama Allah dijadikan haluan hidupnya..
Sunnah kekasihnya panduan senantiasa..
Radiaullah Anhu gelaran hidupnya..
Bilal Bin Rabah sahabat bertaraf hamba..
Kemiskinan bukan penghalang kejayaan hidupnya..
Walau ditindas walau didera..
Paksaan meninggalkan agama Allah tidak diendahkannya..
Biarpun batu menghempap di dada..
Islam tetap haluan hidupnya..
Terangkatlah darjat Bilal Bin Rabah..
Menjadi pendamping setia Rasulullah..
Inilah cerita dalam kitab mulia..
Bukan sebagai perhiasan semata-mata..
Walhal menjadi pedoman buat manusia..
Masih buta mencari jalan yang diredha..
Jadikan agama pembuka dan pemberi jalan bahagia..
Miskin mahupun kaya tetap sama disisi Allah..
Bezanya cuma iman dan takwa..
Menjadi bekalan menuju singgah sana..
No comments:
Post a Comment