Cinta itu kurniaan Ilahi yang amat berharga..
Dalam cinta dihiasi mutiara-mutiara indah..
Wujudnya kasih-sayang..
Persefahaman dan tolak ansur..
Kesetiaan yang tidak berbelah bahagi disaat senang dan susah..
Beban yang ada menjadi tanggungjawab bersama..
Senang dan suka dikongsi bersama setiap detik dan ketika..
Ketika cinta hadir..
Semua pasti tampak indah..
Walau tidak sempurna mana pun ia tetap menjadi pujaan sepanjang masa..
Jauh disudut hati sanubari cinta menjadikan ia raja yang bertakhta..
Betapa indahnya Cinta..
Namun mengapa masih ada yang membenci Cinta..
Walhal ia adalah jalan menuju bahagia..
Dikatakan Cinta neraka dunia..
Manis awalnya akhirnya derita..
Dikatakan Cinta peragut maruah..
Bak kata pepatah habis madu tinggallah sepah..
Bertukarlah luahan kata..
Betapa siksa dan laranya Cinta..
Hadirnya Cinta bukan pada tempat mulianya ia pasti akan binasa..
Lihatlah cinta Firaun laknatullah pada kedudukannya..
Akhirnya binasa..
Lihatlah cinta Qorun laknatullah pada harta kemewahannya..
Akhirnya binasa..
Lihatlah cinta kita pada mereka yang jelas nyata masih ada hijab diantara kita..
Akhirnya juga binasa..
Bertambah parah luahan kata..
Benarlah Cinta badai pemusnah..
Cinta itu tidak bersalah..
Hadirnya ia sebagai pembahagia..
Hadirnya cinta pada tempat mulianya ia pasti bahagia di sini sana..
Lihatlah Cinta Rasulullah pada umatnya..
Sahabat yang dulunya jahiliyah kini telah berubah..
Terangkat martabat mereka sebagai manusia yang diredhaiNya..
Lihatlah Cinta Siti Khadijah kepada Rasulullah..
Seluruh raga dan harta benda dibawa pada perjuangan suaminya yang tercinta..
Mendapat gelaran syuhadah dan isteri soleh disisi Allah..
Begitu juga ceritanya tentang Cinta Ali dan Fatimah..
Memendam rasa cinta yang tidak terluah..
Kerana taqwanya meraka kepada Allah..
Kerana taatnya mereka kepada Rasulullah..
Setelah bersatu mengikut cara agama Islam yang mulia..
Hidup mereka sentiasa bahagia walaupun banyaknya derita..
Anggapan mereka, itulah cinta dan kasihNya Allah..
Pernah ditanya kepada Ali yang mulia adakah hadirnya cinta kepada isteri dan anak-anaknya..
Sedangkan hanya Cinta Allah yang perlu ada pada hatinya..
Ali mengatakan aku cinta kepada isteri dan anak-anakku bahawasanya kerana Allah..
Aku mengajar mereka taat pada agama Allah..
Begitulah cinta Ali kepada keluarganya..
Betapa indahnya cinta..
Sehingga termaktub dalam kitab yang mulia..
Sandarkalah cinta kepada yang dicintai kerana Allah..
Pasti terbentang jalan menuju sebuah pelayaran bahtera yang sentiasa diredhaiNya..
Walau ombak memukul keras..
Walau angin meniup kencang..
Bahtera tetap utuh dan kukuh selamanya..
Katakan pada cinta..
Ku bersyukur ke hadrat Allah..
Betapa indahnya cinta..
Sebenarnya bahagia bukanlah derita..
No comments:
Post a Comment