Hati diibaratkan seperti sebekas balang kaca..
Dalam balang kaca ini hanya ada dua elemen yang akan mengisi ruang..
Pertama adalah elemen air dan ia adalah kecintaan kepada akhirat..
Elemen yang satu lagi adalah elemen api yang merupakan kecintaan kepada duniawi..
Hanya salah satu daripada kedua-dua elemen tersebut yang akan meguasai ruangan balang kaca..
Tidak akan terjadi kedua-duanya bercampur dalam satu ruang..
Elemen yang lebih banyak akan menguasai ruang sedikit demi sedikit sehingga ia menguasai keseluruhan hati..
Kecintaan pada dunia akan merosakkan hati seperti mana api yang akan memecahkan balang kaca apabila sampai pada satu tahap kepanasan yang tidak lagi boleh ditampung oleh balang kaca tersebut..
Begitulah hati..
Jika ia dipenuhi dengan cinta duniawi ia akan menyebabkan kita lupa kepada Allah SWT..
kita lupa kepada kampung akhirat..
kita lupa maksud kita dihantar ke dunia ini untuk mencari bekalan bagi persiapan menjalani kehidupan yang kekal lagi abadi..
Kita dengan senang meninggalkan amalan-amalan fardhu dan lupa akan kehebatan amalan-amalan sunat..
Apabila cinta duniawi sudah sebati di dalam hati..
kita mula melihat perkara yang salah menjadi benar dan perkara yang benar menjadi salah..
Hari ini perkara tersebut jelas terbukti misalnya dalam cara berpakaian..
Ramai diantara kita mengenakan pakaian yang tidak mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh agama Islam..
Pakaian yang mendedahkan aurat sudah menjadi kebiasaan kepada mata kita..
Padahal mereka yang menutup aurat dengan pakaian yang sempurna dipandang pelik dan ketinggalan zaman..
Kita tidak sedar dalam setiap detik kita telah melakukan zina kecil yakni zina mata kerana keterbiasaan dengan pandangan yang berdosa tetapi kita anggap biasa..
Kita sering berdosa..
Syaitan asyik ketawa gembira melihat kita sentiasa berjalan menuju NERAKA…
Mengapa ini terjadi..
Mudah sahaja ungkapan ini terjawab..
Lihat, baca dan renungkan maksud hadith ini..
“Rasulullah s.a.w bersabda: sesungguhnya dalam diri setiap manusia ada seketul daging, jika daging itu baik, maka baik lah seluruh anggotanya, dan jika daging itu rosak dan kotor, maka rosak dan kotor la seluruh anggotanya...daging yg dmksudkan adalah hati...(H.R Bukhari dan Muslim)”.
Oleh yang demikian wajiblah bagi kita menjaga hati daripada kecintaan duniawi yang banyak merosakkan diri dan usia..
Isilah hati dengan kecintaan akhirat yang sentiasa memberi ketenangan dan keselamatan kepada kita di dunia ini dan membuka jalan kebahagiaan di akhirat nanti..
Seperti mana air yang sentiasa tenang berada didalam balang kaca dan jernih pada pandangan mata.
Apabila hati telah dikuasai dengan kecintaan akhirat kita akan berperah keringat melakukan setiap ibadah yang dituntut oleh agama dengan hati yang ikhlas niat..
Kita akan mula mengenal Allah lalu mencintaiNya, tidakkah kita beruntung..?
Setiap detik dan saat kita gelisah tanpa mengingati Pencipta Agung sekalian semesta..
Itulah yang dikatakan cinta kepada Allah..
Hati yang baik adalah hati yang sentiasa mengingati Allah mempengaruhi fikiran dan tubuh untuk taat beribadah..
Syurga menanti untuk hati yang suci murni~~
No comments:
Post a Comment