Wednesday, 25 May 2011

Solat adalah Penentu

Kelak disaat pengadilan Allah s.w.t., iaitu Yaumil Hisab. setiap orang tegak berdiri terus-menerus menunggu giliran. Selain amal pahalanya ditimbang, mereka juga dimintai pertanggungjawaban tentang umur, jasmani, ilmu dan harta yang pernah dimiliki ketika di dunia. Akan ditanyakan, untuk apakah sepanjang usianya. Untuk apakah jasmaninya. Untuk apa pula harta yang dikurniakan kepadanya dan bagaimana memanfaatkan ilmunya. Bahkan yang pertama sekali dihisab adalah amal sembahyangnya. Hadis berasal dari Ali r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda;


"Sesungguhnya amal seseorang yang pertama kali akan ditanyakan pada hari kiamat kelak adalah sembahyangnya. Jika sembahyangnya diterima, maka amal-amalmya yang lain juga diterima. Dan jika sembahnyangnya ditolak, maka amal-amalnya yang lain pula ditolak."


Oleh kerana itu jika seseorang meremehkan sembahyang ketika masih hidupnya, maka dia akan mengalami banyak hambatan. Jika amal sembahyangnya diragukan, maka tentu amal-amal yang lain diproses dengan sangat teliti. Dan tentu tidak akan terlepas dari seksa.


Marilah bersama-sama kita fikirkan, adakah kita telah mengecapi solat khusyuk dan kudu'..?, mengangkat takbir ratulihram bergetarlah seluruh anggota badan..?, mata dan hati menangis ketika membaca dan mendengar ayat-ayat suci al-Quran..? Jauh sama sekali,  kita mengetahui akan ilmunya solah tetapi pernahkah kita bersolah tanpa memikirkan hal-hal keduniaan, bahkan kita selalu membawa benda diluar solah dalam waktu bersolah. Marilah berdoa agar Allah s.w.t. kurniakan kepada kita kenikmatan solat khusyuk dan kudu'. semoga solah yang kita tunaikan diterima Allah melalui rahmat dan belas ehsanNya...amin ya Robbal alamin..

Teguran Rasulullah S.A.W kepada sahabat yang ketawa

Suatu ketika Rasusulullah s.a.w dalam perjalanan untuk menunaikan solah lalu Baginda s.a.w  ternampak satu kumpulan orang yang sedang ketawa berdekah-dekah sehingga menampakkan gigi. Rasulullah s.a.w bersabda, “Sekiranya kamu banyak mengingati maut pasti tidak akan berlaku keadaan yang saya lihat ini.”


Oleh itu perbanyakkanlah mengingati maut. Tiada satu hari pun berlalu tanpa  kubur berkata, “Akulah rumah kesunyian, rumah keseorangan, rumah debu dan rumah ulat-ulat.”

Apabila seorang mukmin dimasukkan ke dalam kubur maka kubur akan berkata, “Kedatanganmu dialu-alukan, tersangat baik kerana kamu telah datang kepadaku. Daripada manusia yang berjalan di atas permukaan bumi, engkaulah yang aku paling sukai. Hari ini engkau telah datang kepadaku, engkau akan melihat sebaik-baik layananku.

Selepas itu kubur akan meluas sejauh mata memandang. Kemudian akan terbuka satu pintu yang melalui pintu itu akan masuk bayu dan wangi-wangian dari syurga secara berterusan.

Apabila orang berdosa dimasukkan, kubur akan berkata, “Tiada kata-kata aluan untuk kedatanganmu. Sangat jelek kedatanganmu. Daripada kalangan manusia yang berjalan di atas muka bumi engkaulah yang paling aku benci. Hari ini engkau telah diserahkan kepadaku, engkau akan melihat layanan daripadaku.

Selepas itu kubur akan menghimpitnya sehingga tulang-tulang rusuk akan berceragah antara satu sama lain. Kemudian tujuh puluh ekor ular akan dilepaskan ke atasnya. Sekiranya seekor sahaja daripada ular itu menghamburkan bisa ke atas bumi, maka sehelai rumput pun tidak akan tinggal. Ular itu akan terus mematuk orang tersebut hingga ke hari kiamat. Selepas itu Rasulullah s.a.w bersabda, “Kubur merupakan satu kebun daripada kebun-kebun syurga atau pun satu lembah daripada lembah-lembah neraka.” (Misykat)

Takutkan Allah s.w.t ialah perkara yang sangat-sangat perlu lagi penting. Perkara inilah yang menyebabkan Rasulullah s.a.w sering duduk merenung. Mengingati maut akan menambahkan sifat takut kepada Allah s.w.t. Oleh sebab itulah, Rasulullah s.a.w menyarankan supaya kita sering mengingati maut kerana amalan ini penting lagi pula memberi manfaat.