Kehidupan yang baik di alam fana ini adalah kehidupan yang berlandaskan Al-Quran dan bersandarkan Sunnah Rasulullah SAW
Friday, 5 August 2011
Indahnya bila aurat ditutup~~
13 aurat wanita
1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.
2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….
3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang – Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.
4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.
5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
7. Muka dan Tangan – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecu ali pergelangan tangan dan wajah saja – Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.
8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.
9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.
10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.
11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.
Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.
12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
~~~Seindah-indah perhiasan dunia ialah wanita Solehah~~~
Sunday, 10 July 2011
Al-Asr 2
Al-Asr 2 ni nak beritahu sebuah amalan yang baik untuk diamalkan setiap kali sebelum masuk tidur. Diharapkan dapat memberi manfaat bersama demi kebaikan kita di dunia dan akhirat.
Daripada Jubair r.a, beliau berkata: “Adalah Nabi SAW tidak tidur hingga membaca Surah As-Sajdah dan Al-Mulk.”
Surah As-Sajdah (bererti sujud) adalah Surah yang ke-32 di dalam Al-Quran mengandungi 30 ayat. Ia dinamakan As-Sajdah kerana terdapat ayat yang menerangkan perihal orang-orang beriman, apabila mendengar ajaran kitab Allah SWT lalu sujud sebagai tanda bersyukur atas segala nikmat Allah. Selain dari itu ditegaskan dasar tauhid dan dalil-dalil yang menbuktikan keesaan Allah SWT, disamping ia mengurniakan taufiq dan hidayah kepada umat Islam.
Terdapat faedah dan hikmah kepada mereka yang mengamalkan membaca surah ini iaitu:
a. Melindungi pembacanya dari seksa kubur.
b. Mendapat pahala yang besar seperti pahala mereka yang tetap solatnya pada malam Lailatul-Qadar.
c. Mendapat hidayah ilmu yang yakin.
d. Dikuniai cahaya (nur) pada dirinya semasa ia mati.
Surah Al-Mulk adalah diantara surah yang besar kemuliannya dan digalakkan agar kita selalu membacanya. Sebagaimana seruan Baginda SAW,
Daripada Ibnu Abbas r.a beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda, “Saya suka jikalau surah (tabarokal ladzii biyadihilmulk) itu berada (dihafaz) di dalam tiap-tiap hati orang mukmin.”
(Hadith Riwayat Hakim)
Surah ini mendatangkan syafaat pada hari kiamat menjadi seperti peguam bela di hadapan Allah bagi pihak orang yang membacanya sehingga terlepas daripada soalan-soalan Allah SWT, mempertahankan orang mati dalam kubur sehingga reselamat daripada seksa kubur.
Mengenai syafaat pada hari kiamat sebuah hadith daripada Abu Hurairah r.a berbunyi.
“Sesungguhnya ada suatu surah di dalam Al-Quran sebanyak tiga puluh ayat yang memintakan syafaat untuk seseorang (yang membacanya) sehingga orang itu diampunkan oleh Allah SWT iaitu (tabarokal ladzii biyadihilmulk)
(Hadith Riwayat Tarmizi)
Surah ini juga bererti surah yang membela atau mempertahankan orang yang membacanya di dalam mahkamah Allah SWT pada hari kiamat. Pada hari itu tiadalah ada seorang peguam pun yang akan boleh membela seorang itu di hadapan Allah SWT kerana pada masa itu segala anggota tubuh badan manusia akan berkat-kata mengakui kesalahan yang diperbuat oleh tuannya ketika di dunia. Maka surah Tabaraka ini boleh dianggap sebagai peguam atau pembela, sebagaimana disebutkan di dalam hadith daripada Anas r.a
“Ada suatu surah di dalam Al-Quran yang membela bagi pihak tuannya sehingga dia dimasukkan ke dalam syurga iaitulah (tabarokal ladzii biyadihilmulk).”
(Hadith Riwayat Tabharani)
Berkenaan faedah surah ini ketika seorang berada di dalam alam kematian (di dalam kubur) ialah menahan datangnya seksa kubur, ini diterangkan di dalam hadith daripada Rofik bin Khadij r.a dan Abu Hurairah r.a,
“Telah diturunkan kepada saya surah (Tabarak) sebanyak 30 ayat sekaligus dan dialah surah yang menahan (daripada seksa kubur) di dalam kubur.”
(Hadith Riwayat Ibnu Marduwiyah)
Demekianlah kebesaran surah Tabarak. Betapa Allah SWT menyayangi kita dengan menganugerahkan kepada kita surah ini, lebih kurang 30 minit sahaja masa yang diperlukan untuk membaca kedua-dua surah ini dan kita mendapat ganjaran yang sangat besar.
SUBHANAULLAH…
Ermmm..nak tunggu apa lagi jom kita sama beramal..
Semoga Allah memberi kita segala kekuatan untuk membaca kedua surah ini secara istiqomah dan mendapat taufik untuk memahami isi kandungannya..
Thursday, 23 June 2011
Al-Asr
Mari bermuhasabah..
Apa yang kita lakukan sebelum tidur pada waktu malam..?
Adakah perkara yang kita lakukan itu berfaedah ataupun hanya sia-sia belaka..
Bagi ulat buku pastilah meluangkan masa untuk membaca..
Bagi penggemar muzik mungkin membuat lontaran suara ataupun sekadar mendengar dan menghayati sebuah lagu ataupun beberapa buah lagu..
Mungkin ada juga yang meluangkan masa menonton drama bersiri ataupun movie yang digemari..
Kepada pasangan bercinta pula pasti duk bergayut..ataupun tersenyum sendiri bebalas sms dgn pasangan masing2..
Persoalannya disini berbaloikah perkara yang kita lakukan ini sebelum hendak tidur..
Kalau buku yang dibaca itu adalah buku yang berbentuk ilmu dan nasihat..Alhamdulillah..
Kalau muzik yang dinyayikan ataupun sekadar menghayati itu muzik yang mendekatkan diri dengan Allah..Alhamdulillah..
Kalau drama atau movie yang ditonton itu memberi pengajaran dan boleh membawa kebaikan..Alhamdulillah..
Kalau masa yang diluangkan antara pasangan kekasih terselit sebuah nasihat, penghayatan agama dan bertukar-tukar pendapat dalam soal perkara-perkara yang mendatangkan manafaat..Alhamdulillah..
Bagaimana pula jika sebaliknya..
Buku yang dibaca adalah buku-buku hiburan semata-mata, lagi parah kalau majalah gosip..Nauzubillah..
Muzik yang dinyanyikan ataupun yang didengar adalah muzik keras, pastilah hati pun jadi keras..Nauzubillah..
Drama ataupun movie yang ditonton adalah yang berbentuk hiburan semata-mata, lagi-lagi yang ceritanya asyik buat kita ketawa terbahak-bahak..pastilah hati lama-kelamaan akan mati dan lupa untuk mengingati Allah..Nauzubillah..
Bagi yang bercinta pulak asyik dengan ayat-ayat cinta dunia, perbatasan harus dijaga, takut sampai kepada perkara-perkara zina kecil..Nauzubillah..
Kalau semua benda maksiat kepada Allah ini disedari lalu cepat-cepat diakhiri dengan memohon keampunan daripada Allah..Alhamdulillah..
Semoga Allah mengampunkan dan memberi hidayah-Nya..
Bagaimana pula kalau kita terus alpa dibuai bisikan syaitan tentang asyiknya nikmat dunia..
Tidurlah kita dalam keadaan lalai kepada Allah..
Allah murka atau suka..?
Sesungguhnya Allah MURKA..
Jika kita ditakdirkan mati pada keesokan harinya tiadalah taubat untuk kita..
Akhirnya dimana kelak tempat kita di akhirat nanti..
Sesungguhnya tempat itu adalah NERAKA..
NAUZUBILLAH…
Marilah bermuhasabah..
Nasihat ini untuk diri saya sendiri dan untuk rakan-rakan sekalian..
Inilah tanda kasih saya kepada teman-teman..
Mari saling mengingati..
Kerana perkara ini membawa keredhaan Allah SWT..
Allah SWT berfirman yang mafhumnya,
“Demi Masa!. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.”
(Surah Al-Asr: 1-3)
Tuesday, 21 June 2011
Ringan hanya bagi yang beriman sebenar-benar iman...
Zikir yang paling utama dan tinggi darjatnya ialah "Laailaha illallah"
ertinya: "Tiada Tuhan Yang Sebenarnya Melainkan Allah".
ertinya: "Tiada Tuhan Yang Sebenarnya Melainkan Allah".
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
"Zikir yang paling utama ialah "Laailaha illallah" dan doa yang mulia ialah "Al-Hamdulillah".
"Zikir yang paling utama ialah "Laailaha illallah" dan doa yang mulia ialah "Al-Hamdulillah".
Kelebihan:
1. Di dalam hadis bahawa zikir yang tidak terhad kepada sebarang masa, tempat dan alasan ialah ˜Laailaha illallah'. Ia merupakan zikir yang cemerlang. Di dalam hadis yang lain bahawa ia adalah bentuk kebaikan yang tertinggi.
2. Di dalam hadis yang lain bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Pada hari kiamat orang yang paling beruntung mendapat syafaatku ialah orang yang banyak membaca kalimah ˜Laailaha illallah' dengan hatinya dan jiwanya iaitu dengan hati yang ikhlas.
3. Di dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda: Orang yang membaca ˜Laailaha illallah' di dalam keadaan penuh keikhlasan di dalam hatinya atau iman bersamaan dengan sebiji barli, maka ia akan dikeluarkan dari neraka jahanam. Dan orang yang membaca kalimah ini dan di dalam hatinya terdapat keikhlasan atau iman bersamaan sebesar biji gandum maka ia akan dikeluarkan dari api neraka jahanam dan orang yang membaca dengan penuh kebaikan atau iman maka ia juga akan dikeluarkan dri api Neraka Jahanam.
4. Di dalam hadis lain terdapat: Orang yang membaca kalimah ˜Laailaha illallah' dari hatinya, ia pasti akan memasuki syurga walaupun ia melakukan dosa seperti berzina dan mencuri, walaupun ia melakukan zina dan mencuri, walaupun ia melakukan zina dan mencuri. (Nabi SAW telah mengulangkannya sebanyak 3 kali)
5. Hadis lain: Rasulullah SAW bersabda: Hendaklah kamu sentiasa perbaharui iman kamu. Para sahabat Rasulullah SAW berkata ˜Wahai Rasulullah SAW, bagaimanakah kami perbaharui iman kami? Rasulullah SAW menjawab ˜ucapkanlah Laailaha illallah sebanyaknya'.
6. Hadis lain: Rasulullah SAW bersabda: Tiada yang dapat menghalang kalimah ˜Laailaha illallah' sampai kepada Allah
7. Hadis lain: Zikir ˜Laailaha illallah' tidak akan meninggalkan satu dosa pun di belakang dan tiada satu amalan yang menyamainya.
8. Hadis lain: Jika tujuh petala langit dan bumi diletakkan di satu dacing dan dengan kalimah ˜Laailaha illallah' diletakkan di atas dacing yang lain, maka (kalimah) lebih berat lagi.
9. Dalam hadis: Apabila seorang hamba mengucapkan kalimah ˜Laailaha illallah' dengan ikhlas hati, maka pintu langit terbuka bagi kalimah ini sehingga ia sampai ke Arasy, dengan syarat ia menjauhkan diri dari dosa besar.
Dunia itu Persinggahan~~
Dari Ibnu Ibnu Umar r.a katanya: Rasulullah S.A.W memegang bahuku lalu Baginda S.A.W bersabda:” Hendaklah engkau berada dalam dunia seolah-olah engkau orang berdagang atau orang yang sedang melalui di jalan (pengembara)”. Dan adalah Ibnu Umar r.a berkata:”Jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu pagi; dan apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu petang. Dan gunakanlah dari sihat engkau bagi masa sakit engkau dan dari hidup engkau bagi masa mati engkau.(al-Bukhari)
Huraian
Huraian
1. Dunia adalah tempat untuk manusia beramal dalam sekian waktu yang ditentukan dan bukanlah tempat untuk bermukim, bersenang-lenang sepanjang hayat kerana kedudukan seseorang itu di dunia ini adalah seperti pedagang atau pengembara yang akan pulang ke kampung halaman tempat asalnya iaitulah alam akhirat yang kekal abadi.
2. Untuk itu, tiap-tiap amal ada waktunya di mana apabila luputnya waktu sesuatu amal belum tentu waktu itu akan berulang kembali. Oleh itu orang yang mengerti nilai waktu akan menyedari bahawa waktu itu sebenarnya adalah umurnya yang jika habisnya suatu detik waktu maka berkuranglah jangka hayatnya dan berkurang pula tempoh amalnya. Selepas itu kekecewaan dan penyesalan tidak berguna lagi.
3. Oleh itu seseorang yang inginkan kebahagian yang kekal abadi hendaklah memelihara waktunya daripada terbuang dengan percuma atau sebelum tiba waktu yang menghalang seperti sibuk, sakit dan sebagainya.
Tuesday, 7 June 2011
Keagungan Kalamullah
Al-Quran ialah Kitabullah yang terakhir yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Al-Quran merupakan senjata yang paling mujarab yang melimpah ruah, mata air yang tidak mungkin kering, didalamnya penuh dengan nur hidayah, rahmat dan zikir.
Al-Quran diturunkan untuk mengajar manusia tentang pengesaannya kepada Allah s.w.t (Tauhid). Konsep ibadat yang jelas dan menyeluruh agar manusia sentiasa mendapat bekalan yang baru dan segar. Mengajak manusia berfikir tentang ciptaan, pengawasan dan penjagaan yang ditadbir oleh Yang Maha Agung agar dapat mengenal sifat-sifatNya yang unggul.
Didalam Al-Quran dipaparkan juga contoh tauladan dan juga kisah-kisah yang benar berlaku sebelum turunnya Al-Quran dan pada masa penurunan Al-Quran. Dengan itu manusia mendapat pengajaran dan panduan dalam mengharungi kehidupan sebagai muslim dan muslimah sejati dan benar dalam semua bidang kehidupan.
Al-Quran juga menjelaskan persoalan tentang akhir kehidupan manusia, situasi terakhir yang akan dirasai oleh manusia sebelum bumi ini dihancurkan oleh Allah s.w.t untuk bermulanya Hari Kiamat dan nasib tiap-tiap insan sama ada ke Syurga atau ke Neraka.
Sebelum Al-Quran diturunkan ada banyak kitab suci dan suhuf yang diturunkan oleh Allah s.w.t kapada nabi-nabi dan rasul-rasulNya. Antara yang termasyhur ialah kitab Zabur yang diturunkan kepada nabi Daud a.s, kitab Taurat yang diturunkan kepada nabi Musa a.s, dan kitab Injil yang diturunkan kepada nabi Isa a.s tetapi tidak syak lagi bahawa Al-Quran adalah kitab yang paling utama dan termulia disisi Allah s.w.t.
Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w telah bersabda yang berbunyi:
Dari Aisyah r.anha telah bersabda Rasulullah s.a.w:
“Sesungguhnya tiap-tiap sesuatu itu mempunyai kemegahan yang mana manusia berbangga dengannya dan menjadi kemegahan kebanggaan umatku ialah Al-Quran yang mulia.”
Al-Quran terpelihara dan susunannya tidak berubah-ubah dan tidak boleh dipinda atau dihapuskan. Walaupun banyak usaha dilakukan oleh musuh-musuh Islam untuk mengubah dan meminda isi kandungan Al-Quran atau memutar belit ayat-ayat dan surah-surah, setiap kali usaha itu dibuat ia tetap dapat diketahui.
Al-Quran adalah satu perlembagaan yang lengkap bagi semua aspek kehidupan, mengandungi semua yang dihajati oleh manusia walaupun sebahagian daripada huraiannya tidak terperinci. Tujuannya Allah s.w.t menyuruh manusia menggunakan fikiran yang sihat dan sempurna untuk mencari dan mengkaji berpandukan saranan yang diberi oleh Allah s.w.t.
Dalam Al-Quran Allah s.w.t berfirman yang mafhumnya:
“Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w) dari Allah dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata kebenarannya dengan itu Allah menunjukkan jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredhaanNya dan dengannya Tuhan keluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang benderang dengan izinNya dan dengannya juga Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang betul dan harus.”
(Surah Al-Maidah: 14 & 15)
Firman Allah s.w.t lagi yang mafhumnya:
“Kitab Al-Quran ini tidak ada sebarang syak padanya dan ianya menjadi petunjuk bagi orang yang bertakwa.”
(Surah Al-Baqarah: 2)
Sebuah hadis daripada Rasulullah s.a.w berbunyi:
Abu Zar r.a berkata bahawa beliau meminta Rasulullah s.a.w memberi satu pesanan yang berpanjangan. Rasulullah s.a.w bersabda, “Semaikanlah perasaan takwa kepada Allah kerana ia adalah sumber bagi segala amalan-amalan baik.”, aku meminta supaya Baginda menambah lagi, “Tetapkanlah membaca Al-Quran kerana ia adalah nur untuk kehidupan ini dan bekalan untuk hari akhirat.”
Kita dikehendaki membaca, mendalami dan menghayati isi kandungan Al-Quran kerana ia diturunkan bukan untuk dijadikan perhiasan semata-mata, dengan itu kita mendapat faedah yang besar bukan sahaja pahala dan keredhaan Allah s.w.t tetapi juga kegunaan lain dalam kehidupan sehari-hari.
Membaca Al-Quran dikira sebagai berzikir dan membaca Al-Quran lebih afdal dan utama daripada zikir-zikir yang lain. Oleh itu membaca Al-Quran adalah sebagai ibadat tetapi tidaklah melebihi daripada ibadat-ibadat yang wajib.
Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w yang berbunyi:
“Semulia-mulia ibadat umatku ialah membaca Al-Quranul Karim (ibadat yang bukan wajib).
Membaca Al-Quran disifatkan sebagai santapan rohani kepada tiap-tiap orang Islam.
Rasulullah s.a.w bersabda dalam sebuah hadis yang berbunyi:
“Sesungguhnya Al-Quran ini ialah hidangan Allah s.w.t, maka hendaklah kamu terima hidangan Allah sebanyak mana yang kamu boleh”.
Al-Quran juga merupakan senjata yang paling berkesan untuk membersihkan jiwa dan menyinarkannya.
Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda:
Daripada Ibnu Umar r.a berkata:
“Rasulullah s.a.w telah bersabda, hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air. Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Katanya dengan banyak mengingati mati dan membaca Al-Quran.”
Monday, 6 June 2011
Bicara Iman~~
Bersyukur ke hadrat Allah s.w.t yang menciptakan kita sebaik-baik kejadian dan sebaik-baik makhluk ciptaan yang ada di muka bumi ini yakni manusia.
Segala pujian hanya bagi Allah s.w.t yang memberi nikmat Islam dan Iman kepada kita. Betapa kasih dan sayangnya Allah s.w.t memberi nikmat ini tanpa kita meminta kepada-Nya. Nikmat inilah yang mengangkat darjat manusia di dunia yang singkat dan fana ini.
Hari ini kita menjadi seorang yang beragama Islam tanpa sedikitpun kesusahan dan kepayahan. Keluar daripada rahim seorang ibu Islam maka Islamlah agama kita. Perkara inilah yang wajib kita syukuri sebanyak-banyaknya. Bukan seperti keadaannya sewaktu zaman para sahabat, mereka mencari Islam dengan penuh kesusahan dan pengorbanan, tidak cukup hanya dengan makian, cacian, hinaan mereka turut dipulau dan disiksa hanya kerana sebuah agama. Mereka faham dan yakin bahawa hanya agama Islam agama yang benar, agama yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w yang mampu menjamin kebahagiaan dunia dan akhirat.
Walaupun tidak sama caranya kita memperoleh nikmat Islam pada hari ini dengan mereka namun kita dan mereka berkongsi satu matlamat dan tujuan yang sama. Allah s.w.t menciptakan kita tidak lain hanya dengan tujuan menyempurnakan iman kepada Allah s.w.t, memperbetulkan yakin kepada Allah s.w.t dan menjadikan Islam sebagai sebuah cara kehidupan. Allah s.w.t berkehendakkan iman yang sempurna tanpa sedikitpun syikir terhadap-Nya.
Iman yang sempurna adalah iman yang yakin sepenuhnya keatas kekuasaan dan pentadbiran Allah s.w.t tidak sedikitpun adanya cela dengan keyakinan selain daripada-Nya. Meyakini bahawa tiada yang menghidupkan dan mematikan melainkan Allah s.w.t, tiada yang memberi mudarat dan manfaat melainkan Allah s.w.t, tiada yang memberi rezeki melainkan Allah s.w.t dan begitulah yakin kita kepada apapun jua perkara tiada yang berkuasa melainkan Allah s.w.t.
Hakikatnya pada hari ini keyakinan itu begitu jauh dari hati umat Islam. Terus menerus melakukan dosa tanpa sedar bahawa boleh sahaja Allah s.w.t mencabut nyawa ketika itu juga. Tidak sedikitpun amal diusahakan untuk bekalan akhirat kerana keyakinan pudar bahawa Allah s.w.t menghidupkan yang telah mati untuk dihisab amalannya ketika hidup di dunia.
Bencana yang turun dianggap fenomena semulajadi dunia yang semakin tua walhal turunnya ia sebagai sebuah amaran daripada Allah s.w.t kepada manusia yang tidak pernah kenal erti dosa. Segala kesenangan yang dikecapi melalaikan diri daripada bersyukur kepada Allah s.w.t kerana alpa bahawa dunia ini singgahan sementara dan apa-apa yang berada didalamnya juga sementara samada kita meninggalkan dunia ini terlebih dahulu atau bersama-sama saat kebinasaan dan kehancurannya.
Mengusahakan dunia lebih daripada mengusahakan akhirat. Bekerja adalah sebuah ibadah namun harus difikir bahawa rezeki seseorang Allah telah tentukan kadarnya dan haruslah diusahakan mengikut kadar waktu yang telah disyariatkan. Kita diberi tempoh lapan jam sehari untuk mencari rezeki, waktu rehat mengikut kesesuaian tetapi tidak lebih daripada lapan jam sehari, dan lapan jam lagi adalah untuk beribadah kepada Allah. Tetapi sempurnakah lapan jam tersebut dengan amal ibadah, solat fardu lima waktu hanya mengambil kira-kira dua jam setengah jika berjemaah, bakinya adakah terluang dengan membaca al-Quran, berdakwah, berzikir, mempelajari ilmu dan amal-amal soleh yang lain. Tepuk dada tanyalah amal dan iman, sedangkan kita disyariatkan menyeimbangi dunia dan akhirat.
Semua ini tidak terjadi jika pada hati sanubari punya iman yang sempurna kepada Allah s.w.t. Iman dapat membezakan amal yang baik dengan amal yang buruk, dapat membezakan yang halal dan haram, membawa kepada amal kebaikan, melindung daripada kejahatan, menghalang daripada seksaan api neraka jahanam dan mendapat syurga seperti yang telah dijanjikan.
Subscribe to:
Posts (Atom)