Tuesday, 23 August 2011

Bonus dapat lagi..InsyaAllah..


Apabila tiba malam hari raya aidil-fitri maka malam itu disebut (di langit) sebagai Lailatul Jaizah (malam pengurniaan hadiah). Pada pagi hari raya itu Allah SWT menghantar para malaikat ke setiap tempat. Lalu mereka turun ke bumi dan berdiri di muka-muka jalan dan lorong. Mereka akan menyeru dengan suara yang boleh didengari oleh semua makhluk Allah SWT selain jin dan manusia.

Mereka berkata, “Wahai umat Muhammad! Keluarlah kepada Tuhan Yang Maha Pemurah yang mengurniakan dengan banyaknya dan yang mengampuni dosa-dosa besar.”

Apabila mereka tiba di tempat sembahyang raya, Allah SWT akan bertanya kepada malaikat, “Apakah balasan bagi seorang pekerja yang telah menyempurnakan kerjanya?”

Para malaikat akan berkata, “Wahai Tuhan dan Pemilik kami, balasannya ialah disempurnakan ganjarannya.”

Lalu Allah SWT berfirman, “Sesungguhnya Aku menjadikan kamu sebagai saksi, Wahai malaikatKu, sesungguhnya Aku jadikan keredaan dan keampunanKu sebagai pahala puasa bulan Ramadhan dan ibadat malam mereka.”

Allah SWT akan berfirman lagi, “Wahai hamba-hambaKu! Pohonlah daripadaKu. Demi kemuliaan dan keagunganKu, kamu tidak memohon sesuatu daripadaKu pada hari ini iaitu dalam perhimpunan kamu ini untuk kepentingan akhirat, melainkan Aku pasti akan menunaikannya dan begitu juga untuk kepentingan dunia yang kamu pohon nescaya Aku akan mengurniakan yang baik bagimu. Demi kemuliaanKu, Aku akan tutupkan keaiban-keaibanmu selama mana engkau mengingatiKu. Demi kemuliaan dan keagunganKu, tidaklah Aku akan menghinakan kamu dan tidak juga Aku akan memalukan kamu dikalangan orang-orang yang berdosa (dan orang-orang kafir). Bersurailah dalam keadaan kamu telah diampunkan. Sesungguhnya kamu telah meredakan daku dan Aku juga telah reda dengan kamu.”

Maka, bergembiralah para malaikat dan bersuka rialah mereka dengan segala yang dikurniakan Allah SWT kepada umat ini apabila mereka telah selesai berpuasa pada bulan Ramadhan.

“Ya Allah, jadikanlah kami di kalangan mereka.”

Berbahagialah mereka yang puasa mereka semata-mata kerana Allah, puasa yang dipenuhi dengan amal ibadah dan rugilah mereka yang puasa mereka yang hanya mendapat lapar dan dahaga kerana kelalaian mereka sendiri.

Kurniaan sebesar ini hanya layak untuk mereka yang telah meredakan Tuhan mereka dengan amal-amal soleh. Mentaati segala suruhanNya dan meninggalkan apa yang telah dilarang oleh Allah SWT. Buruklah keadaan mereka yang tetap berbuat perkara mungar dan zalim sedangkan Allah SWT telah membelenggu iblis dan pengikutnya agar mereka mudah untuk beramal.

Pada malam Lailatul Jaizah kita perlulah bersungguh-sungguh menghargai malam tersebut. Sibukkan diri dengan ibadat dan memohon agar Allah SWT mengurniakan kepada kita ganjaran yang telah dijanjikan untuk pekerja yang telah selesai menyempurnakan kerjanya. Nabi SAW bersabda, “Sesiapa yang berjaga pada kedua-dua malam hari raya (sibuk dengan beribadat) dengan niat untuk mendapatkan ganjaran, hatinya akan hidup pada hari hati-hati yang lain akan mati.” (hari sangkakala ditiupkan,rohnya akan tetap sedar)."

Wednesday, 10 August 2011

Sahabat Setia Lagi Sejati~~


Hazrat Sa’id bin Sulaim r.a telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Pada hari kiamat, tidak ada pemberi syafaat yang lebih tinggi di sisi Allah SWT melainkan al-Quran, bukan nabi dan bukan juga malaikat dan lain-lain.” (Hadith Riwayat ‘Abdul Malik bin Habib demikian dalam Syarah Ihya ‘Ulumuddin)


Kenyataan bahawa al-Quran adalah pemberi syafaat dan kedudukan syafaat al-Quran adalah tinggi sehingga syafaat itu diterima telah diketahui daripada beberapa hadith yang lain juga. Semoga Allah SWT dengan rahmatNya menjadikan al-Quran itu pemberi syafaat kepada kita semua. Semoga Allah SWT tidak menjadikan al-Quran sebagai penentang atau pendakwa terhadap kita.


Dalam kitab La-aalie Masnu’ah telah diriwayatkan daripada Bazzar bahawa terdapat sebuah hadith yang tidak termasuk dalam hadith maudhu’ (palsu), “Apabila seorang itu meninggal dunia dan semasa keluarganya masih sibuk menguruskan pengkafanan dan pengkebumiannya, seorang yang sangat kacak akan berdiri dikepala mayat itu. Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan berada diantara dada mayat dan kain kafan.


Apabila mayat itu selesai dikebumikan, Orang ramai pun pulang dan datanglah dua malaikat, Munkar dan Nakir. Mereka cuba memisahkan orang kacak itu daripada mayat tersebut supaya pertanyaan dapat dibuat tanpa sebarang gangguan. Namun orang kacak itu berkata, “Dia adalah teman saya, dia adalah sahabat saya. Saya tidak akan meninggalkannya berseorangan dalam apa-apa keadaan pun. Sekiranya kamu diperintahkan untuk menyoalnya maka jalankanlah tugas kamu. Saya tidak akan berpisah dengannya sehinggalah saya membawanya masuk ke dalam syurga.”


Selepas itu dia akan berpaling ke arah temannya itu lalu berkata, “Sayalah al-Quran yang kadang-kadang kamu baca dengan suara yang kuat dan kadang-kadang dengan perlahan. Janganlah kamu bimbang, selepas persoalan Munkar dan Nakir engkau tidak akan ada apa-apa kebimbangan lagi.” Apabila pertanyaan selesai, orang kacak itu akan menyediakan hamparan dan sebagainya dari al-Malai’l A’ala (malaikat-malaikat di langit). Hamparan itu daripada sutera dan dipenuhi dengan kasturi. Semoga Allah SWT dengan rahmatNya menganugerahkan kepada kita semua dengan nikmat ini.


Sahabat yang baik-baik di dunia telah kita perolehi, sekarang sudah tiba masa untuk berkenalan pula dengan sahabat dan peneman setia di alam akhirat nanti. Sahabat itu sentiasa merindui untuk bersua mesra dengan kita namun sering kali kita tidak mengendahkannya. Marilah kita bersama-sama mendekatinya di bulan mulia ini. Semoga berkat Ramadhan tahun ini kita kembali rapat bersamanya dan mengekalkan hubungan persahabatan ini hingga ke akhirat kelak.

Friday, 5 August 2011

Indahnya bila aurat ditutup~~


13 aurat wanita


1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.




2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….




3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang – Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.




4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.




5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.




6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.




7. Muka dan Tangan – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecu ali pergelangan tangan dan wajah saja – Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.




8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.




9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.




10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.




11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.
Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.




12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.




13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.


~~~Seindah-indah perhiasan dunia ialah wanita Solehah~~~